30.8.09

Assalamualaikum wbt pembaca sekalian;

Ruang khas ini saya pamerkan untuk berkongsi bersama-sama kerjaya saya yang baru sahaja setahun jagung :)

Eloklah jika saya perkenalkan diri saya terdahulu;

Orang panggil saya "Din"...Masa saya bekerja di Panasonic dulu, orang panggil saya Din VRE @ Din PP2. Setelah saya memulakan perusahaan cendawan sejak April 2009 lepas, orang-orang kampung mula panggil saya dengan gelaran Din Cendawan.

Saya berasal dari Beruas, Perak. Tapi, disebabkan ramai yang tak tahu kewujudan Beruas *sigh*, saya lebih gemar mengatakan Setiawan (pekan terdekt dengan Beruas). Perusahaan cendawan saya bukanlah dmulakan di Beruas, tetapi di Kelang, sebelah rumah Pakcik saya di Teluk Gadong, Kelang (berhadapan dengan perusahaan cili).

Antara sebab utama saya menghasilkan blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dengan sesiapa sahaja yang berminat. Sudah tentu, jika Allah kurniakan rezeki yang lebih, bolehlah saya buat jualan produk on-line. Saya sebenarnya kurang ariff dengan bidang IT, oleh itu saya akan sentisa meminta bantuan isteri saya dalam hal-hal blog ini.

Semasa saya mula-mula menjinakkan diri dalam bidang perusahaan cendawan ini, saya banyak bergantung pada blog rakan-rakan yang lain yang sudah menapak lama dalam bidang ini. Sebahagian besar daripada ilmu 'extra' yang saya dapat adalah dari hasil nukilan mereka dalam blog. Oleh itu, wajar juga saya melakukan perkara yang sama, supaya ilmu saya tidak sia-sia dan InsyaAllah dapat berkembang,harapannya.


Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca, saya sekarang sedang menunggu hasil kutipan cendawan saya pada bulan Ramadhan ini. Bagi mereka yang berminat untuk melawat "rumah cendawan" saya di Kelang, sila email saya di deenkayo@yahoo.com , dan saya akan berikan alamat untuk datang ke tempat saya. Saya bersedia untuk berkongsi penglaman dan informasi jika rkan-rakan berminat untuk menjalankan perusahaan yang sama :)

Akhir kata,

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN!
Semoga Ramadhan kali ini dapat diserikan dengan ibadat yang lebih dari Ramadhan yang sebelumnya...InsyaAllah!


Wasalam.

No comments:

Post a Comment