1.9.09

Cendawan depan toilet


Malam kelmarin mak mertua saya tegur….

“Din, beg media depan toilet tu dah jadi apa?”
“Eh, elok lagi tuh…tengah tunggu hasil”

Ada 3 beg media yang saya buat dengan tangan sendiri untuk kali pertama dahulu masa pergi kursus di Jenderam Hulu (anjuran Nas Agrofarm) yang saya biarkan sahaja. Pada asalnya saya letak di tepi mesin basuh diluar rumah. Kemudian saya pindahkan ke hadapan toilet bahagian dalam rumah.

Secara amnya, beg media yang telah disuntik benih perlu ditempatkan di dalam keadaan gelap bagi membolehkan maisilium bergerak dengan lebih laju. Tapi, tak bermaksud kalau tak letak dalam tempat yang gelap maisilium tak akan bergerak. Cuma pergerakan agak lambat. Samalah seperti kisah 3 beg media depan toilet rumah saya ni.

Saya join kursus di Jenderam Hulu pada 4/April 2009 bersama pakcik saya. Kami masing2 bawa pulang beg media yang telah kami buat dengan tangan sendiri, lebih kurang 5 beg seorang.

Al kisahnya, lepas 4 bulan, malam kelmarin barulah bercambah selepas 10 hari dari keluaran pertama. (Keluaran pertama kurang elok di ambil) Besar-besar cendawannya.

“Mak ambillah masak masa sahur nanti”- Pesan saya sebelum tidur.

Pagi keesokan paginya, mak mertua saya masaklah sup sayur cendawan untuk sahur. Bila saya tengok beg media yang telah dipetik hasilnya…

“Mak, sepatutnya tarik saja cendawan tuh sampai akarnya. Tak perlu gunting-gunting…hehe”

Salah cek jugak le tak habaq awai2 cara nak petik cendawan. Mak mertua cek bukannya pi kursus. Tapi yang paling penting, sup sayur cendawan pagi sahur tuh habis licin cendawannya… Tinggal carrot ngan sok-oon je…heheh

Kesimpulannya, cendawan fresh memang sedap. Jadi, takyah la pi kedai beli cendawan…Datang rumah beli tau…hahaha (senpat buat promosi lagi tuh)

No comments:

Post a Comment