Showing posts with label cendawan. Show all posts
Showing posts with label cendawan. Show all posts

20.7.11

Cendawan Din Klang kembali lagi!

Assalamualaikum wbt.

Setinggi-tinggi kemaafan kepada pengunjung-pengunjung blog saya kerana telah menyepikan diri buat satu jangkamasa yang panjang. Hidup ini, memang banyak cabaran. Tetapi, semua cabaran perlu ditempuhi.

Saya telah lama meninggalkan laman sesawang kecil ini untuk fokus kepada Rumah Cendawan Baru!
Ya, atas LOAN bapa mertua saya, dan juga ehsan ibu mertua yang telah memberikan saya pinjam tanahnya di Kg. Raja Uda, Klang... Saya kini telah berjaya mendirikan sebuah rumah cendawan baru bagi tambahan kepada yang sudah sedia ada di Kg. Delek, Klang. Ribuan terima kasih saya tujukan kepada mereka yang telah membantu saya dari segi modal insan dan material.

Ape lagi... enjoy lah gambar2 di bawah. Jika nak datang, sila call dulu :)

 Kawasan penyuntikan benih
 Pintu masuk kawasan pemeraman dan penghasilan
 Kawasan simpanan benih cendawan
 Pintu depan rumah cendawan
Pandangan belakang (termasuk kawasan pembuatan bongkah, stor simpanan habuk kayu, dedak padi and kapur pertanian)

 Rak di sebelah kanan
 Rak di sebelah kiri
Pandangan dari luar pintu belakang

Belum lagi mula menghasilkan bongkah sebab habuk kayu belum sampai. Jadi, saya masih lagi mengemaskini tempat stim etc. Insyaallah minggu depan mula buat bongkah.

Sekian.

13.8.10

Salam Ramadhan!

Maaf kerana menyepi buat satu masa yang agak panjang. Di sini, saya ingin mengucapkan, selamat Menjalankan Ibadah Puasa kepada semua pembaca (ada kah?) dan semuruh umat Islam.

Sempena Bulan Ramadhan tahun ini, saya ada "set" target :-
1. Sembahyang Terawikh 20 rakaat setiap malam Ramadhan pada tahun ini.
- Sebenarnya, Bapa Mertua saya mengerjakan Solat Terawikh 20 rakaat dan saya ikut kerana kami pergi ke masjid bersama2. hehe.. Tapi, hari tu, "my wife" ada kata,

"Abang bukan nye kerja Kilang kena bangun awal2 pagi lagi. Apa salahnya solat terawikh 20 rakaat?"

Jadi, target saya bulan Ramadhan tahun ini ialah setiap malam Terawikh 20 rakaat.

Untuk updates/pertanyaan lebih lanjut tentang cendawan, sila contact saya di FB di bawah:

http://www.facebook.com/people/Syaryfudeen-Ismail/

Sila jangan lupa untuk mention reason anda supaya saya mengenali anda :)

Salam Ramadhan

3.10.09

Alhamdulillah...Pre-pro selamat



Nampak tak beg-beg media ini?

Segalanya dah start kembang mekar minggu lepas semasa musim hujan turun berterusan...

Hari pertama: 16kg
Hari kedua: 2 kg...
Hari ketiga: 12 kg
Hari keempat: 10 kg
Hari kelima: tak dapat report lagi sebab dekat Sintok sekarang ni hhehe...

Alhamdulillah...pre-pro selamat dijalankan. Sekarang ni nak ambil data untuk buat proposal. InsyaAllah, kalau selesai proposal...bolehlah saya start mass-pro...

Doakan saya berjaya :)

7.9.09

Projek Cendawan

Weekend panjang ni (hari Sabtu) ada sessi fotografi di ladang cendawan kecil saya. Sebenarnya, isteri saya ambil gambar sambil belajar cara-cara perihal bisnes cendawan tiram kelabu ini. Berikut adalah gambar2 di sekitar rumah cendawan;

Pandangan diagonal rumah cendawan saya. Yang berwarna hitam tu rumah cendawannya. Yang warna hijau tu Bilik Suntik benih.

Selepas hasil keluar dan selepas saya bersihkan mulut beg media, saya perlu catat tarikh 10 hari selepas itu. Senanglah nak 'keep track' batch mana satu yang nak buka :)

Baki-baki beg media yang telah hampir 9 kali pengeluaran...Kira batch2 tua la nih.. Batch ini saya beli yang dah siap disuntik untuk test kestabilan rumah cendawan saya...Yang paling dekat tuh adalah beg-beg yang perlu dikuarantin..

Beg-beg media yang belum lagi keluar pengeluarannya, kita mesti jaga macam isteri tengah sarat mengandung...Beg-beg media yang telah mula mengeluarkan cendawan perlu dijaga bagaikan anak dalam hari *dalam pantang* ...hahaha... Perumpamaan bagaikan pologami...hehe

Setiap pagi tengahari dan petang, siraman dalam rumah cendawan adalah sangat penting! Ini adalah untuk mengekalkan kelembapan, condition paling sesuai untuk menghasilkan cendawan.

Jangan risau, rumah cendawan ini ada pintu :) Ala-ala kat kilang nye style dulu...hehe

Di belakang rumah cendawan saya, ada kolam ikan keli...Saja2 ada space lenih sikit...saya invest sikit untuk masa depan :)

Bila dah selesai kerja2 di rumah cendawan...layan pula si kecil ini...sambil tengok bola kat Astro..
Sedikit sebanyak kisah weekend panjang...hhahaha

1.9.09

Cendawan depan toilet


Malam kelmarin mak mertua saya tegur….

“Din, beg media depan toilet tu dah jadi apa?”
“Eh, elok lagi tuh…tengah tunggu hasil”

Ada 3 beg media yang saya buat dengan tangan sendiri untuk kali pertama dahulu masa pergi kursus di Jenderam Hulu (anjuran Nas Agrofarm) yang saya biarkan sahaja. Pada asalnya saya letak di tepi mesin basuh diluar rumah. Kemudian saya pindahkan ke hadapan toilet bahagian dalam rumah.

Secara amnya, beg media yang telah disuntik benih perlu ditempatkan di dalam keadaan gelap bagi membolehkan maisilium bergerak dengan lebih laju. Tapi, tak bermaksud kalau tak letak dalam tempat yang gelap maisilium tak akan bergerak. Cuma pergerakan agak lambat. Samalah seperti kisah 3 beg media depan toilet rumah saya ni.

Saya join kursus di Jenderam Hulu pada 4/April 2009 bersama pakcik saya. Kami masing2 bawa pulang beg media yang telah kami buat dengan tangan sendiri, lebih kurang 5 beg seorang.

Al kisahnya, lepas 4 bulan, malam kelmarin barulah bercambah selepas 10 hari dari keluaran pertama. (Keluaran pertama kurang elok di ambil) Besar-besar cendawannya.

“Mak ambillah masak masa sahur nanti”- Pesan saya sebelum tidur.

Pagi keesokan paginya, mak mertua saya masaklah sup sayur cendawan untuk sahur. Bila saya tengok beg media yang telah dipetik hasilnya…

“Mak, sepatutnya tarik saja cendawan tuh sampai akarnya. Tak perlu gunting-gunting…hehe”

Salah cek jugak le tak habaq awai2 cara nak petik cendawan. Mak mertua cek bukannya pi kursus. Tapi yang paling penting, sup sayur cendawan pagi sahur tuh habis licin cendawannya… Tinggal carrot ngan sok-oon je…heheh

Kesimpulannya, cendawan fresh memang sedap. Jadi, takyah la pi kedai beli cendawan…Datang rumah beli tau…hahaha (senpat buat promosi lagi tuh)

30.8.09

Assalamualaikum wbt pembaca sekalian;

Ruang khas ini saya pamerkan untuk berkongsi bersama-sama kerjaya saya yang baru sahaja setahun jagung :)

Eloklah jika saya perkenalkan diri saya terdahulu;

Orang panggil saya "Din"...Masa saya bekerja di Panasonic dulu, orang panggil saya Din VRE @ Din PP2. Setelah saya memulakan perusahaan cendawan sejak April 2009 lepas, orang-orang kampung mula panggil saya dengan gelaran Din Cendawan.

Saya berasal dari Beruas, Perak. Tapi, disebabkan ramai yang tak tahu kewujudan Beruas *sigh*, saya lebih gemar mengatakan Setiawan (pekan terdekt dengan Beruas). Perusahaan cendawan saya bukanlah dmulakan di Beruas, tetapi di Kelang, sebelah rumah Pakcik saya di Teluk Gadong, Kelang (berhadapan dengan perusahaan cili).

Antara sebab utama saya menghasilkan blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dengan sesiapa sahaja yang berminat. Sudah tentu, jika Allah kurniakan rezeki yang lebih, bolehlah saya buat jualan produk on-line. Saya sebenarnya kurang ariff dengan bidang IT, oleh itu saya akan sentisa meminta bantuan isteri saya dalam hal-hal blog ini.

Semasa saya mula-mula menjinakkan diri dalam bidang perusahaan cendawan ini, saya banyak bergantung pada blog rakan-rakan yang lain yang sudah menapak lama dalam bidang ini. Sebahagian besar daripada ilmu 'extra' yang saya dapat adalah dari hasil nukilan mereka dalam blog. Oleh itu, wajar juga saya melakukan perkara yang sama, supaya ilmu saya tidak sia-sia dan InsyaAllah dapat berkembang,harapannya.


Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca, saya sekarang sedang menunggu hasil kutipan cendawan saya pada bulan Ramadhan ini. Bagi mereka yang berminat untuk melawat "rumah cendawan" saya di Kelang, sila email saya di deenkayo@yahoo.com , dan saya akan berikan alamat untuk datang ke tempat saya. Saya bersedia untuk berkongsi penglaman dan informasi jika rkan-rakan berminat untuk menjalankan perusahaan yang sama :)

Akhir kata,

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN!
Semoga Ramadhan kali ini dapat diserikan dengan ibadat yang lebih dari Ramadhan yang sebelumnya...InsyaAllah!


Wasalam.