3.10.09

Alhamdulillah...Pre-pro selamat



Nampak tak beg-beg media ini?

Segalanya dah start kembang mekar minggu lepas semasa musim hujan turun berterusan...

Hari pertama: 16kg
Hari kedua: 2 kg...
Hari ketiga: 12 kg
Hari keempat: 10 kg
Hari kelima: tak dapat report lagi sebab dekat Sintok sekarang ni hhehe...

Alhamdulillah...pre-pro selamat dijalankan. Sekarang ni nak ambil data untuk buat proposal. InsyaAllah, kalau selesai proposal...bolehlah saya start mass-pro...

Doakan saya berjaya :)

11.9.09

Innalillahi wa innailaihi raji'un

Repekah Bt Abdullah
93-6-6
Tanah Perkuburan Lipat Kajang
Kelang, Selangor.

Ini address baru Opah.

Opah Din telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 8/9/2009 pukul 9:20 malam disamping anak, menantu dan cucu cicit yang tak seberapa di Kelang. Abg ada di sana semasa Opah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Saya tak dapat ke sana since attending to Yuni. Dia masih kecil.

Semoga roh Opah dirahmati Allah dan berada dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin.
Kawan-kawan, kalau tak keberatan, sedekahkanlah Al-Fatihah untuk Opah Din

Anak-anak buah Abg semuanya menyaksikan peristiwa tersebut 1st hand. Yang paling kecil; baru nak masuk 2 tahun bulan 12 ni. Ibunya nak kasi tengok dengan mata sendiri supaya mereka ada kesedaran dari awal. Supaya mereka faham, yang bernyawa pasti akan mati. Itu adalah Qada’ dan Qadar Allah.

Si kecil: Ibu, esok ibu pergi kubur ke?
Ibu : Pergi.
Si kecil: Kakak nak ikut juga. Kakak nak tengok rumah baru Opah.

Conversation si anak dengan ibunya. Kecil-kecil sudah dapat menerima qada’ dan qadar Allah, itulah training yang dapat si ibu berikan pada anak-anaknya.
InsyaAllah anak-anak ini bakal membesar dengan elok, InsyaAllah.

*********************************************************************

Speaking of melawat orang sakit / nazak.

Yesterday, I had the chance to kiss Opah’s forehead before she was prayed. People say, you have to be strong spiritually during this time because, you don’t want to catch any “bad energy” (which old folks like to refer as ‘tegur’).

You also should not cry too much as crying doesn’t help the dead at all. It only increases “seksa”.

So, prepare yourself with a strong mind and also, keep on reading 3 Quls, ayat Qursi etc. May it remind you at all time of Allah the All Mighty.

After coming back home after the visit, I had headache & my throat was in pain. I took 2 pills of Vitamin C, and a painkiller, since I felt as if there was a nose blockage coming by. Not long after that, I became very hot, 38deg. Yuni didn’t want to be near me *pandai betul anak mama nih* As I offered to BF, she pulled away from me. I had to ask her grandma to attend to her since I’m not feeling well. Yuni slept in the cradle for the whole night and I, sponged by Abg the whole night. Alhamdulillah, the fever reduced as I woke up in the morning.

Spoke to mama (Yuni’s grandma) about the fever. She said, you have to be strong especially when visiting the sick. You might get infected too. She said that she too had fever after visiting one of our relative in hospital having breast cancer.

Kalau orang tua pon boleh sakit macam nih…Apalah lagi budak kecil. So, advices, not to bring small kids (especially babies) to hospital (except for jabs/due to sick) for visiting. Lagilah tengah musim H1N1 nih…*sigh*

7.9.09

Projek Cendawan

Weekend panjang ni (hari Sabtu) ada sessi fotografi di ladang cendawan kecil saya. Sebenarnya, isteri saya ambil gambar sambil belajar cara-cara perihal bisnes cendawan tiram kelabu ini. Berikut adalah gambar2 di sekitar rumah cendawan;

Pandangan diagonal rumah cendawan saya. Yang berwarna hitam tu rumah cendawannya. Yang warna hijau tu Bilik Suntik benih.

Selepas hasil keluar dan selepas saya bersihkan mulut beg media, saya perlu catat tarikh 10 hari selepas itu. Senanglah nak 'keep track' batch mana satu yang nak buka :)

Baki-baki beg media yang telah hampir 9 kali pengeluaran...Kira batch2 tua la nih.. Batch ini saya beli yang dah siap disuntik untuk test kestabilan rumah cendawan saya...Yang paling dekat tuh adalah beg-beg yang perlu dikuarantin..

Beg-beg media yang belum lagi keluar pengeluarannya, kita mesti jaga macam isteri tengah sarat mengandung...Beg-beg media yang telah mula mengeluarkan cendawan perlu dijaga bagaikan anak dalam hari *dalam pantang* ...hahaha... Perumpamaan bagaikan pologami...hehe

Setiap pagi tengahari dan petang, siraman dalam rumah cendawan adalah sangat penting! Ini adalah untuk mengekalkan kelembapan, condition paling sesuai untuk menghasilkan cendawan.

Jangan risau, rumah cendawan ini ada pintu :) Ala-ala kat kilang nye style dulu...hehe

Di belakang rumah cendawan saya, ada kolam ikan keli...Saja2 ada space lenih sikit...saya invest sikit untuk masa depan :)

Bila dah selesai kerja2 di rumah cendawan...layan pula si kecil ini...sambil tengok bola kat Astro..
Sedikit sebanyak kisah weekend panjang...hhahaha

4.9.09

Lawatlah kamu sebelum terlambat

Salam,

Baru lepas bergembira dengan cerita Uyuni dah masuk 4 bulan semalam. Pagi tadi dengar pula cerita sedih tentang Opah Abg yang sedang terlantar di wad Hospital Tengku Ampuan Rahimah Kelang.

Read about Opah.

Opah malam semalam tiba-tiba tak dapat bercakap dan tidak sedarkan diri. Makcik dan Pakcik bawa Opah terus ke hospital. Sebelum ini dia pernah pengsan semasa sedang makan. Doktor mengesahkan bahawa dia menghidapi “stroke” pada waktu itu. Tapi, setelah rehat yang mencukupi, Opah segar kembali.

Opah perlu pantang dalam pemakanannya. Semuanya kerana faktor usia dan kesihatan. Sebab itulah saya tanya pada Abg apa Opah makan masa berbuka petang semalam. Kata Abg, kuih biasa-biasa saja.

Petang tadi sms Abg tanya update keadaan Opah.
Opah dah sedarkan diri….tapi masih belum boleh bercakap, masih tak dapat mengenal sesiapa pun ahli keluarganya yang ada di situ. Doktor pakar sedang memeriksanya sekarang. Katanya terkena Angin Ahmar. Na’uzubillah…

Sebak sebentar dengar Abg kata macam tuh. Kenapa? Sebab saya tak pulang ke Kelang untuk berbuka puasa minggu lepas. Tak sempat nak jumpa Opah semasa dia tengah sihat. Sekarang masa tengah sakit, dia mungkin dah tak kenal sesiapa lagi. Bersalahnya rasa….

Dugaan dari Allah memang menyedarkan ramai antara kami sekeluarga. Di saat genting inilah baru kita lihat bagaimana Opah yang ada ramai anak tak mampu membela dia seorang. Tak mampu berkorban untuk Ibu seorang. Sedih, kan?

Menurut Abg, Opah sekarang memorinya sangat rendah…kadang-kadang dia ingat Abg air matanya berlinangan, pegang Abg, tak kasi pulang, tapi tak lama lepas tu dia akan tak sedarkan diri dan lupa kembali siapa Abg.

Mungkin sudah tiba masanya kita semua fikir untuk menjenguk orang tua di kampung. Terutamanya bulan Ramadhan yang banyak berkatnya. Melawat saudara mara=merapatkan hubungan silaturrahim = banyak pahala

Kawan-kawan mungkin tak kenal Opah, tapi harapan supaya kawan-kawan boleh sedekahkan Al-Fatihah untuk Opah supaya keadaannya kembali stabil, InsyaAllah.

1.9.09

Cendawan depan toilet


Malam kelmarin mak mertua saya tegur….

“Din, beg media depan toilet tu dah jadi apa?”
“Eh, elok lagi tuh…tengah tunggu hasil”

Ada 3 beg media yang saya buat dengan tangan sendiri untuk kali pertama dahulu masa pergi kursus di Jenderam Hulu (anjuran Nas Agrofarm) yang saya biarkan sahaja. Pada asalnya saya letak di tepi mesin basuh diluar rumah. Kemudian saya pindahkan ke hadapan toilet bahagian dalam rumah.

Secara amnya, beg media yang telah disuntik benih perlu ditempatkan di dalam keadaan gelap bagi membolehkan maisilium bergerak dengan lebih laju. Tapi, tak bermaksud kalau tak letak dalam tempat yang gelap maisilium tak akan bergerak. Cuma pergerakan agak lambat. Samalah seperti kisah 3 beg media depan toilet rumah saya ni.

Saya join kursus di Jenderam Hulu pada 4/April 2009 bersama pakcik saya. Kami masing2 bawa pulang beg media yang telah kami buat dengan tangan sendiri, lebih kurang 5 beg seorang.

Al kisahnya, lepas 4 bulan, malam kelmarin barulah bercambah selepas 10 hari dari keluaran pertama. (Keluaran pertama kurang elok di ambil) Besar-besar cendawannya.

“Mak ambillah masak masa sahur nanti”- Pesan saya sebelum tidur.

Pagi keesokan paginya, mak mertua saya masaklah sup sayur cendawan untuk sahur. Bila saya tengok beg media yang telah dipetik hasilnya…

“Mak, sepatutnya tarik saja cendawan tuh sampai akarnya. Tak perlu gunting-gunting…hehe”

Salah cek jugak le tak habaq awai2 cara nak petik cendawan. Mak mertua cek bukannya pi kursus. Tapi yang paling penting, sup sayur cendawan pagi sahur tuh habis licin cendawannya… Tinggal carrot ngan sok-oon je…heheh

Kesimpulannya, cendawan fresh memang sedap. Jadi, takyah la pi kedai beli cendawan…Datang rumah beli tau…hahaha (senpat buat promosi lagi tuh)

30.8.09

Assalamualaikum wbt pembaca sekalian;

Ruang khas ini saya pamerkan untuk berkongsi bersama-sama kerjaya saya yang baru sahaja setahun jagung :)

Eloklah jika saya perkenalkan diri saya terdahulu;

Orang panggil saya "Din"...Masa saya bekerja di Panasonic dulu, orang panggil saya Din VRE @ Din PP2. Setelah saya memulakan perusahaan cendawan sejak April 2009 lepas, orang-orang kampung mula panggil saya dengan gelaran Din Cendawan.

Saya berasal dari Beruas, Perak. Tapi, disebabkan ramai yang tak tahu kewujudan Beruas *sigh*, saya lebih gemar mengatakan Setiawan (pekan terdekt dengan Beruas). Perusahaan cendawan saya bukanlah dmulakan di Beruas, tetapi di Kelang, sebelah rumah Pakcik saya di Teluk Gadong, Kelang (berhadapan dengan perusahaan cili).

Antara sebab utama saya menghasilkan blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dengan sesiapa sahaja yang berminat. Sudah tentu, jika Allah kurniakan rezeki yang lebih, bolehlah saya buat jualan produk on-line. Saya sebenarnya kurang ariff dengan bidang IT, oleh itu saya akan sentisa meminta bantuan isteri saya dalam hal-hal blog ini.

Semasa saya mula-mula menjinakkan diri dalam bidang perusahaan cendawan ini, saya banyak bergantung pada blog rakan-rakan yang lain yang sudah menapak lama dalam bidang ini. Sebahagian besar daripada ilmu 'extra' yang saya dapat adalah dari hasil nukilan mereka dalam blog. Oleh itu, wajar juga saya melakukan perkara yang sama, supaya ilmu saya tidak sia-sia dan InsyaAllah dapat berkembang,harapannya.


Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca, saya sekarang sedang menunggu hasil kutipan cendawan saya pada bulan Ramadhan ini. Bagi mereka yang berminat untuk melawat "rumah cendawan" saya di Kelang, sila email saya di deenkayo@yahoo.com , dan saya akan berikan alamat untuk datang ke tempat saya. Saya bersedia untuk berkongsi penglaman dan informasi jika rkan-rakan berminat untuk menjalankan perusahaan yang sama :)

Akhir kata,

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN!
Semoga Ramadhan kali ini dapat diserikan dengan ibadat yang lebih dari Ramadhan yang sebelumnya...InsyaAllah!


Wasalam.